Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
SELAMAT BERPUASA kepada semua pembaca blog saya :). Semoga Ramadhan kali ini membuat kita LEBIH BERFIKIR tentang hikmah berpuasa & membuat kita SEDAR & RANCANG apa yang perlu dibuat secara OPTIMUM menurut kemampuan kita, inshaa ALLAH.
Alhamdulillah saya ada 2 berita gembira tatkala menjengahnya bulan Jun tahun ini. Pertama sekali, dengan izinNYA, saya telah dilantik menjadi Pengurus Teknologi Maklumat di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UTM. Bukanlah jawatan itu yang saya ingin highlight, tetapi saya hanya ingin berkongsi sedikit cerita di sebalik tabir lantikan tersebut.
Dalam kehidupan ini kita mempunyai PILIHAN, apa yang kita mahukan. Rasulullah mengajar kita tentang NIAT. Kita akan dapat apa yang kita niatkan, dengan izinNYA. SubhanALLAH, itulah yang saya hadapi dan saksikan. Mei 2014, saya mula menjalani Latihan Ikhtisas yang dimestikan ke atas Pensyarah Kanan berumur kurang 40 tahun di KPJ Rawang Specialist Hospital. Agak tidak masuk akal rumah di Johor Bahru, suami di Johor Bahru tetapi menjalankan LI di Rawang selama setahun!
Kenapa di KPJ RSH? KPJ RSH merupakan salah satu hospital KPJ yang menggunakan aplikasi komputeran awan (Cloud Computing). Memandangkan penyelidikan saya bersama pelajar-pelajar saya adalah berkaitan Cloud Computing dan minat saya dalam Health Informatics, juga tidak lupa kerana ada linkages dengan General Managernya, maka lebih mudah lah untuk mulakan LI tersebut. Pada mulanya saya ada juga bercadang untuk menjalankan LI di Bahagian Teknologi Maklumat di Putrajaya, kerana itu juga bidang penyelidikan saya. Namun kerana 'lecehnya' dan banyak birokrasi, saya padamkan sahaja hasrat tersebut. Setelah berbincang dengan suami, suami izinkan.
Sebelum saya menjalani LI, saya beritahu suami. "Lepas habis LI ni, I nak keluarlah dari fakulti. Nak cuba bende lain pulak". Saya memasang niat ini kerana Alhamdulillah, saya telah diberikan beberapa tanggungjawab di fakulti sebelum ini sebagai macam-macam jenis Penyelaras. Penyelaras program MSc IT Management, Penyelaras Penasihatan Akademik, Penyelaras Internationalization, Penyelaras Harvard Business Case Study....dan akhir sekali sebelum menjalani LI ialah Penyelaras program PhD Information Systems. Sampai satu takat, dah rasa tepu jadi Penyelaras.
Saya balik dari cuti belajar tahun 2007, tahun lepas dah 2014 bermakna dah 7 tahun lebih saya di fakulti. Maka saya rasa 'Its Time to Try Other Challenge". Seriously, saya tak tahu nak berkhidmat di mana and sebagai apa. Saya serahkan kepada ALLAH. ALLAH Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-hambaNYA. Dan yang paling saya yakin seperti dalam Surah At-Tolaq dalam Ayat Seribu dinar: "Sesungguhnya ALLAH telah menentukan qadar berlakunya tiap-tiap sesuatu". Saya sentiasa yakin, when the right time comes, something will happen.
Perkara tentang inginkan sesuatu yg lain ni saya belajar secara tidak langsung daripada abang saya. Dia ni seorang yang sangat komited dengan kerjayanya. Saya masih ingat masa saya belajar di UM dahulu, sampai dalam lif pun dia dok promote produk yang company dia jual heheheh. Dia bekerja di KL, tapi kalau balik JB dia akan check tempat2 yg ada jual produk2 company yang dia bekerja. Dasyat!
Lagi satu, saya pernah dengar dia cakap, "Kita dah kerja kat Company A ni dah 3 tahun, kita dah dapat apa yang kita nak, so need to make a move". (lebih kurang gitulah ayatnya). Masa saya dengar tu dalam hati "Oooh camtu. Mesti ada target".
Back to LI di KPJ Rawang Specialist Hospital. Kadang-kadang apabila di Rawang saya masih berkata dalam hati. "Kenapa ek aku susah2 LI kat Rawang ni? Elaun takde, semua guna duit sendiri. (Yes, of course bergaji penuh). Of course banyak yang dipelajari, tapi masih mencari-cari hikmah. Dalam hati, ALLAH Maha Mengetahui. Salah satu perkara yang banyak sekali saya belajar ialah tentang MENGURUS melalui observation saya kerja-kerja General Manager KPJ RSH yang baik hati tu. Ya ALLAH, she is so a multi tasker person! Kadang-kadang tengok kelam-kabut, haru biru pun ada. A General Manager takes care of EVERYTHING of the hospital! GENERAL betul! heheheh. To me, she is a SUPER WOMAN!
|
Final Day at KPJ RSH |
|
Rawang di hatiku @ Stesen Komuter Rawang |
Now back pulak to niat tadi. Tidak lah kusangka, dalam bulan Mac 2015 mendapat panggilan daripada seseorang yang pada ketika itu merupakan current Pengurus IT RMC. Dalam perbualan pendek tersebut, beliau offer saya untuk memohon menjadi Pengurus IT kerana dia telah ditawarkan ke jawatan yang lain. HAH!!!! Niat & Doa saya telah diperkenankan, dimakbulkan oleh ALLAH. Alhamdulillah!!!
I only see and realise the hikmah of doing LI di Rawang apabila mula berkhidmat sebagai Pengurus IT tersebut pada 1 Jun. OH! Ala2 manager gitu. Macam2 nak kene fikir dan buat dan in-charge. OK!!! Walaupun saya bukanlah General Manager, now I got it! ALLAH's plan is VERY WONDERFUL! Alhamdulillah, although it is indeed a challenging positon, tapi rasanya I am mentally prepared.
Alhamdulillah, syukur dan sangat happy dengan team di RMC ni. Walaupun kerja banyak, memberi servis kepada penyelidik-penyelidik warga UTM, semua stafnya very happening gitu. Ini semua berlaku bermula 1 Jun 2015.
....Nanti sambung lagi, ada satu lagi berita gembira in June. Tungguuuu...yang ni pun baru sempat nak publish hari ni setelah 18 Ramadhan. Draft asalnya awal Ramadhan heheh.