Saturday, October 1

Just be yourself!

LESSONS LEARNT/REMINDER SEMPENA ISU PhD PALSU:

1. BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT - Cakap bohong membawa padah kpd diri sendiri dan org lain. Salah tetap salah!

2. JUST BE YOURSELF - Each of us is unique and special.

3. JANGAN TENGOK ORANG LAIN KERANA TITLE/PANGKAT NYA, TETAPI KERANA AKHLAKNYA - Rasulullah digelar Al-Amin sebelum menjadi Rasul.

4. DO GOOD TO MANKIND - Teruskan buat baik kepada manusia tanpa mengira bangsa dan agama

5. ASK FOR FORGIVENESS, FORGIVE & SMILE :) - Nobody is perfect. Siapa minta maaf dia seorg warrior. Siapa pemaaf, lapangnya dada.

Sekian.
KITA SEMUA HAMBA TUHAN YG ESA.


(Source of Image: www.panduanmalaysia.com)

Saturday, January 30

Dari Manchester ke Bandung..Satu Perjuangan (Part 1)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Cepat sungguh masa berlalu. Rupa-rupanya kali terakhir saya poskan satu artikel adalah pada 1 Julai 2015! Kemudian diikuti dengan luahan hati pada 1 Oktober 2015. Banyak cerita-cerita yang berlegar-legar di benak namun saya tak berkesempatan untuk duduk dan menulis. Juga menulis bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan masa, perlukan cambahan idea dan perlukan minat :).

Alhamdulillah, berbanyak-banyak syukur dipanjatkan kerana dua orang pelajar PhD in Information Systems jabatan saya yang amat saya kenali AKHIRNYA telah berjaya SUBMIT THESIS mereka semester ini. SYARAT UTAMA nak dapatkan PhD mesti SUBMIT THESIS, nak SUBMIT THESIS kene TULIS TULIS TULIS :). It was a long and challenging journey for them, tinggal satu sahaja lagi semester berbaki semasa mereka submit thesis. But I can see that they have learnt A LOT! When i said a lot, it is not limited to the CONTENT of the PhD alone, it is more than that. THEY LEARN ABOUT LIFE! Now waiting for viva. Yay! Semoga ALLAH permudahkan urusan mereka seterusnya.

Dari Manchester ke Bandung...Tajuk pos saya ini diilhamkan daripada kisah seorang sahabat baik saya yang juga buat PhD di University of Manchester. Percaya atau tidak, end of year 4 PhDnya, dia telah submit thesis, ding dong ding dong, tunggu tarikh viva sahaja mengambil masa 3 bulan kerana external examiner super busy. Kemudian buat corrections. Atas sebab-sebab personal, corrections dihantar lambat (bersebab dan ada dokumen sokongan). Imagine the stress, fakulti tanya apa progres, disebabkan belum dapat PhD tak diberi tugasan mengajar and mcam-macam lah. Tunggu reply lepas hantar corrections ambil masa setahun! Erkkk. Alhamdulillah mereka mengaku 'terlepas pandang'. Then, tunggu lagi. Finally, pada malam Jumaat yang penuh barokah ketika sahabat saya di Bandung menemankan parents ke sana menziarah adik2nya belajar di sana, BERITA GEMBIRA TIBA! They accept the corrections! Phewwwww. 4 tahun PhD work, 4 tahun tunngu confirmation untuk dapat PhD! Lain orang, lain kisahnya. Lain orang, lain rezekinya. Ketika di penghujung menanti sama ada dapat atau tidak PhD, sahabat saya buat some reflections. Katanya, sekiranya ditakdirkan dia tidak diijazahkan dengan sijil PhD tersebut, dia tetap bersyukur. Kerana di Manchester dia belajar dan lebih faham tentang CANTIKNYA ISLAM! Sebab tu ada senior yang kata masa saya buat PhD dulu, THERE IS MORE THAN PhD.

SUSAH TAK NAK GRADUATE ON TIME?

Pos kali ini saya ingin kongsi tentang perjuangan PhD. Kalau kita baca pos-pos di FB Doctorate Support Group, ada beberapa sahabat-sahabat kita yang berjaya dengan SANGAT CEMERLANG. Tamat PhD dalam tempoh 2 tahun ++, 3 tahun, Graduate On Time! Alhamdulillah, hebatnya mereka! Formula utama: Mereka FOKUS! Mereka ada strategi dan itu REZEKI mereka. Kenapa saya kata rezeki, kejayaan PhD bergantung kepada banyak variable. Kalau fokus, ada strategi tetapi kalau contohnya tak ngam dengan Supervisor, pun masalah juga. Atau contohnya Supervisor pindah universiti (macam saya lah tu!) atau Supervisor meninggal dunia (macam sahabat saya). So faktor sebegini adalah di luar kawalan kita. 

OBJECTIVE ORIENTED - STRATEGIZE

Bercakap tentang fokus & objektif, semasa kali pertama saya merantau jauh dari Malaysia ke Manchester untuk mendaftar program MSc Information Systems Engineering di University of Manchester Institute of Science & Technology -UMIST (telah bergabung dengan University of Manchester), saya merupakan seorang yang sangat OBJECTIVE ORIENTED. Niat dalam hati, ok nak buat MSc, mesti jimat-jimat, kumpul duit and nak bawa parents ke Manchester untuk hadir konovokesyen! MESTI. Kalau baca buku Stephen Covey - 7 Habits of Highly Effective People, habit kedua tersebut ialah "Begin With End in Mind". Sebenarnya dah lama pun Rasulullah ajar kita ni, segala amal bermula DENGAN NIAT. Tetapi kita (tidak semua) selalu fikir secara short tem, short cited. Kita ingat NIAT tu niat untuk buat sesuatu, niat nak makan kerana ALLAH, niat nak pergi kerja beribadah kerana ALLAH, niat nak pergi lab di universiti nak siapkan PhD kerana ALLAH. Actually it is more and far than that. 
(Source: http://quotesgram.com/7-habits-of-highly-effective-people-quotes/)

So berbalik kisah OBJEKTIF saya nak simpan duit and ajak parents ke Manchester untuk graduation MSc, alhamdulillah, TERCAPAI! OBJEKTIF (NIAT) dah ada maka strateginya makan jimat-jimat, dalam tempoh setahun buat MSc, langsung tak jalan2. Saya cuma travel ke London lepas selesai MSc saya, macam baru keluar dari kampung heheheh. We must sacrifice something to gain another thing.

APABILA TIADA OBJEKTIF ...MULA LAH MERABAN!

OK, tadi tu kisah masa buat MSc. Dalam setahun selesai (September 2001-September 2002).  Jiwa berobjektif ni saya tanam sejak saya mula sambung pengajian di Pusat Asasi Sains, UM. Keputusan SPM saya OK laaa, tapi tidak begitu memberangsangkan, idak le yg excellent flying colours gitu. Mana taknya, masuk Sekolah Berasrama Penuh selama 8 bulan, lepas tu keluar, , masuk semula sekolah biasa (home sick la tu heheh). So masa dapat je tawaran UM tu, saya bertekad mesti cepat adapt dengan kehidupan kampus. MESTI. So buat BSc tepat2 3 tahun. Masa tu masih ada program BSc yang 3 tahun.

Jeng jeng jeng Lain pula kisahnya masa buat PhD. Hari terakhir MSc saya di mana saya hantar hard cover dissertation, hari itu juga lah saya daftar PhD saya! Baru habis satu marathon, dah mula lagi satu. Tanpa disedari masa saya mendaftar PhD tu, rupanya saya takde matlamat dan objektif langsung nak Graduate On Time hahahahaha. Objektif setakat nak siapkan MSc dalam tempoh satu tahun, bawa mak ayah datang konvokesyen, then register PhD. Lepas tu, time buat PhD mulalah meraban. Takde strategi. Ditambah pula dengan krisis putus cinta keh keh keh. 

.....To be continued...Part 2 inshaa ALLAH. Maaf ye, sambung nanti.