Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Seperti biasa, tiba sahaja hari Isnin dan hari-hari bekerja, jadual waktu harian agak sesak. Banyak agenda. Mesyuarat, Penyeliaan pelajar, Persediaan mengajar, mengajar, penyelidikan dan banyaaaak lagi.
Minggu lalu merupakan minggu yang mengundang tekanan perasaan bagi diri saya. Entahlah, mungkin juga saya berfikir menurut persepsi saya terhadap perkara yang berlaku terhadap diri saya. Isunya, isu berkisar tentang hati dan perasaan. Salah satu status yang saya tulis di Facebook ialah "Ya ALLAH, bulatkanlah hatiku yang telah hancur berderai". Sememangnya pada waktu itu, hati saya agak remuk, luka dan pilu. Saya perlu terima kenyataan bahawa (walaupun tidak kesemuanya), lelaki akan lihat pada kecantikan terlebih dahulu daripada ciri-ciri lain pada seseorang wanita. Saya perlu terima kenyataan ini setelah berkali-kali berhadapan dengan cabaran 'diketepikan' oleh lelaki (yang saya suka!) berbanding dengan wanita lain yang jauh lebih cantik, cun, feminin daripada saya. Itu hakikat kejadian manusia bergelar lelaki.
Apa pun, saya amaaaaat bersyukur dengan pemberian ALLAH dengan cukup sifat. ALLAH telah berikan yang TERBAIK, namun sayalah yang tidak menjaga diri saya sebaik-baiknya. Doa saya yang berterusan, "Ya ALLAH, bantulah aku untuk memperbaiki diri".
Rabu lepas, fakulti dan khususnya jabatan dikejutkan dengan kisah kemalangan PM Dr Mohd Noor yang terjatuh di bas. Beliau dimasukkan ke ICU. Keadaan tidak stabil, kaki dan tangan kebas, lumpuh. Malang memang tidak berbau. Hari-hari semalam, kita jumpa beliau sihat, kini terlantar di hospital. Nyawa kita sememangnya dalam genggaman ALLAH. Namun kita masih alpa dan leka. Bukankah ALLAH telah banyak mengingatkan kita agar mengingatinya sebanyak mungkin pada bila-bila masa? Mudah untuk berkata, namun berat untuk beramal, MELAINKAN HAMBA-HAMBANYA YANG BERIMAN. Hamba-hamba yang dirberi hidayah dan nur di dalam hati.
Hari ini, saya bertembung dengan 2 orang yang mengingatkan semula kepada tergurisnya, berderainya hati saya minggu lalu. Saya hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah, dalam hati tiada rasa dendam, marah. "Itulah bahagian kamu". Walaupun mulut berkata menyampah, namun entah kenapa, hati tersenyum mendoakan yang terbaik untuknya. Itulah yang saya maksudkan "Benci tapi Sayang".
Mengambil pengajaran daripada peristiwa PM Dr Mohd Noor, bila-bila sahaja, ALLAH boleh dan berkuasa untuk 'lakukan' apa sahaja menurut kehendakNYA. Jadi, pandanglah wajah-wajah yang kita nampak hari-hari dengan rasa kasih sayang. Mungkin hari ini hari terakhir kita akan menatap mereka, atau hari terakhir bagi mereka menatap diri kita!
Maafkanlah dan mohonlah kemaafan.
Thank you ALLAH.
No comments:
Post a Comment