Saturday, October 19

Oh Literature Review! Second Episod

Assalamu'alaikum and dear all

At this moment, I feel like I can't open my eyes. But, I have told my innerself this morning "I MUST WRITE EVERYDAY, EVEN IF IT IS SHORT".

Here I come. Looking back at what I have written yesterday asking about what is wrong with the 'potential' content of the LR based on the structure that I gave..WOW! It is not easy to explain further through writing. I visualize myself explaining about why the structure that I presented yesterday looks like a textbook content through a RECORDED LECTURE which is much easier compared to writing here. Is it a good idea to do so? Giving a lecture in front of a video camera heheh. Have not tried this, but can Bubble Power Puff Girl can try ;).

Writing is not an easy task. I believe anyone who has experienced doing research and especially writing academically will agree with this. The good news is, each and everyone of us (the researcher) can be a good writer through ongoing practices. Now. let me try to explain further. From the structure that I gave in the previous post, there are 2 main serious problems :

i) Each main topic (Adoption of Technology, Cloud Computing and SMEs) will/is discussed in isolation. This is the main reason it looks like a text book - merely presents the facts and concepts.

ii) From this kind of structure, in most cases the 'voice' of the author will not emerge. One way of making sure that the reader can 'hear' your 'voice' is by having a Section such as "Critiques on Current Technology Adoption by SMEs". In this section, the author can discuss on:
What have been re-searched by other researchers on technology adoption.
Why is cloud computing a good opportunity to be adopted by SMEs.
Nature of SMEs that is lacking in financial support, thus cloud computing can be an advantage. and etc.

This section is the author's 'voice'. You have read otehr people's work, then YOU THINK, YOU CONNECT THE IDEAS, YOU AGREE OR DISAGREE and JUSTIFY. By having this, THEN your LR will be ALIVE :)

I hope you get the message...Will continue tomorrow, inshaa ALLAH. Husband is hungry and need to find food heheheh.




Friday, October 18

Oh Literature Review! First Episod

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh

Petang tadi saya ada poskan di wall FB saya ttg kisah saya ter'miss' untuk dapatkan Masters Dissertation with Distinction disebabkan Penilai tidak cukup puas hati dengan Bab Literature Review saya. Untuk dapatkan Masters degree with Distinction perlu Distinction  utk 2 komponen: i) all taught courses (Alhamdulillah, yang ni dapat distinction), ii) Dissertation. Disebabkan tak dapat utk Dissertation, maka tak dapatlaaaa. It is a learning process. Alhamdulillah saya bersyukur kerana menjadi anatar top students dari segi taught course pada masa itu.

Sebelum pergi lebih lanjut, saya rasa kisah Literature Review ni akan dikongsi dalam 3 bahagian. Hari ni First Episod ye :)

Ada seorang pelajar komen di FB wall saya, katanya bermasalah dari segi Metodologi hingga membuatkan dia menangis. Menangis lah sayang...that is parts and parcel of doing research. Dr Min pernah nangis tak? Merenung kembali pengalaman saya dalam penyelidikan, kali pertama saya menyiapkan proposal research adalah ketika menjalani kursus Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB). Pada hujung latihan, setiap orang perlu menyiapkan proposal dan membentang.

Nak tahu apa komen penilai masa tu ttg proposal saya? Hahahahah..."Saya baca tak macam proposal, macam buku teks je!". Haish si Blossom Power Puff Girl ni  punyalah terkejut dengan komen tu! Lepas keluar je dari bilik pembentangan, terus lari keluar bangunan D07 CICT menangis sorang2 heheheh. Tersenyum pulak sorang2 sambil menaip. Itulah pengalaman pertama hasilkan proposal. Guess what, sekarang saya pulak guna dialog tu pada pelajar saya ...oooopppps.

LESSON 1: Make sure your Literature Review chapter does not 'sound' like a book chapter. I mean here a book OK, not a research book.

Apakah yang biasanya ada dalam sebuah buku ilmiah? Contohnya buku teks. Mostly concepts and facts kan? Cuba fikir sekejap. Dah penat2 tulis thesis berhempas pulas, finally akan dibaca 2-3 orang panel yang lazimnya PAKAR dalam bidang yang diselidiki. PAKAR ni dah tahu dah facts and concepts. Maka mereka tak nak lihat too much ulang tayang of the facts and concepts dalam LR. They want to see what you have RE-viewed and what is your point of view :YOUR SAY, YOUR THOUGHTS.

Antara komen penilai semasa viva-voce (melalui pengalaman saya sebagai Pembantu Pengerus viva) ialah "where is THE VOICE of the author?"

LESSON 2: Baca semula LR yang dah ditulis. Ada tak yang ditulis tu suara hati saya? Pendapat saya? Kritikan saya? Kalau takde, harap maaf ni buku teks kot :D

Let us look at an example. Katakanlah contoh tajuk tesis ialah "Adoption of Cloud Computing among SMEs in Malaysia". Daripada tajuk ini 3 main topics mesti ada dalam LR: i) Adoption of Technology, ii) Cloud Computing, iii) SMEs.

Contoh bab LR yang berbentuk buku teks adalah mcm ni (saya tunjukkan strukturnya sahaja):

2.1 Introduction
2.2 Adoption of Technology
  2.2.1 Theories related to Adoption of Technology
            Technology Acceptance Model
             Diffusion of Innovation
             Theory of Planned Behavior
2.3 C loud Computing
  2.3.1 Advantages of Cloud Computing
  2.3.2 Disadvantages of Cloud Computing
  2.3.3 Types of Cloud Computing
2.4 SMEs
  2.4.1 Different Sectors in SMEs


OK now, cuba fikirkan kenapa saya katakan LR ni gayanya gaya Buku Teks? Cer teka cer teka :)

Cukup sampai sini dulu anak2..inshaa ALLAH esok sambung lagi ye. TUNGGUUUUU.

Note: Adalah lebih baik sekiranya saya menulis menggunakan Bahasa Melayu baku, namun untuk memastikan saya terus menulis dan tidak tertangguh, saya menggunakan bahasa yang bercampur. Akan cuba diperbaiki dari masa ke semasa.


Thursday, October 17

PhD ku PhD mu berbeza...

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Adakah anda sedang menjalani pengajian peringkat PhD? Atau mungkin juga anda sedang berfikir untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.

Saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang perjalanan PhD.

PhD ku, PhD mu berbeza...Mengapa ye? Eh ye ke Dr? Bukan kah kita boleh rancang dan tetapkan matlamat yang kita MESTI dan AKAN habis dalam tempoh 3 tahun? Tak logik kah Dr untuk capai matlamat tersebut?

Jawapan saya berdasarkan pengalaman saya, 'Ya' dan 'Tidak'. Kenapa Dr? Nanti akan saya ceritakan dengan lebih lanjut.

Hati membuak-buak untuk menulis lanjutan seorang pelajar berjumpa dengan saya untuk membincangkan dan bertanya tentang PhD.

"Susah ke Dr?"
"Saya dah cuba baca blog dan cari maklumat, macam-macam cerita. Jadi confuse saya."

"Dah, dah. Cukuplah apa yang awak dah baca tu. Lain orang, lain perjalanan PhD nya. Ada yang sangat bijak tapi lambat habis. Ada yang dikategorikan biasa-biasa je dari segi kebijaksanaan, tapi boleh habis on time".

Now you tell me, kenapa nak PhD? Betul-betul nak PhD? Kalau nak JUST DO IT! Tetapkan hati, teguhkan niat. Teruskan perjuangan. Jangan fikir SUSAH, fikirkan PhD sebagai satu CHALLENGE IN LIFE. Juga yang paling BEST, PhD sebagai satu jalan untuk lebih dekat kepada ALLAH. Sebab percayalah, in the end dapat PhD ke tidak itu adalah REZEKI daripada ALLAH. YAKIN YAKIN YAKIN LAH!

Tapi tidaklah bermakna kita tidak perlu merancang. Berdasarkan pengalaman saya juga, apa yang membezakan pelajar yang fast-track dalam perjalanan PhD nya dengan yang snail-track atau medium-snail track adalah berdasarkan cepat atau lambat mendapatkan research problem. Inilah juga yang saya belajar daripada Dr Wasana Bandara for the last 2 weeks.

Jangan tergopoh gapah nak register PhD sebelum ada idea untuk PhD. Boleh kalau nak redah, tapi bersedia sahajalah ye untuk berenang dengan cabaran yang lebih besar. Kenelah jadi POWER PUFF GIRLS heheheh. Juga tidak bermakna kalau bermula PhD dengan zero tidak boleh tamat on time, tapi kenelah bekerja keras siang malam especially dalam tahun pertama.

Sekadar di sini sahaja dahulu perkongsianku. PhD ku...cabaran sangat DALAM tapi Alhamdulillah dengan IzinNYA dapat berjuang hingga ke garisan penamat. Tiada penyesalan, perjalananku telah tertulis, perjalanan PhD ku penuh dengan ranjau dan duri (heheheh), nanti sambung cerita PhD ku pula ...