Assalamu'alaikum warahmatullah...
Adakah anda sedang menjalani pengajian peringkat PhD? Atau mungkin juga anda sedang berfikir untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.
Saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang perjalanan PhD.
PhD ku, PhD mu berbeza...Mengapa ye? Eh ye ke Dr? Bukan kah kita boleh rancang dan tetapkan matlamat yang kita MESTI dan AKAN habis dalam tempoh 3 tahun? Tak logik kah Dr untuk capai matlamat tersebut?
Jawapan saya berdasarkan pengalaman saya, 'Ya' dan 'Tidak'. Kenapa Dr? Nanti akan saya ceritakan dengan lebih lanjut.
Hati membuak-buak untuk menulis lanjutan seorang pelajar berjumpa dengan saya untuk membincangkan dan bertanya tentang PhD.
"Susah ke Dr?"
"Saya dah cuba baca blog dan cari maklumat, macam-macam cerita. Jadi confuse saya."
"Dah, dah. Cukuplah apa yang awak dah baca tu. Lain orang, lain perjalanan PhD nya. Ada yang sangat bijak tapi lambat habis. Ada yang dikategorikan biasa-biasa je dari segi kebijaksanaan, tapi boleh habis on time".
Now you tell me, kenapa nak PhD? Betul-betul nak PhD? Kalau nak JUST DO IT! Tetapkan hati, teguhkan niat. Teruskan perjuangan. Jangan fikir SUSAH, fikirkan PhD sebagai satu CHALLENGE IN LIFE. Juga yang paling BEST, PhD sebagai satu jalan untuk lebih dekat kepada ALLAH. Sebab percayalah, in the end dapat PhD ke tidak itu adalah REZEKI daripada ALLAH. YAKIN YAKIN YAKIN LAH!
Tapi tidaklah bermakna kita tidak perlu merancang. Berdasarkan pengalaman saya juga, apa yang membezakan pelajar yang fast-track dalam perjalanan PhD nya dengan yang snail-track atau medium-snail track adalah berdasarkan cepat atau lambat mendapatkan research problem. Inilah juga yang saya belajar daripada Dr Wasana Bandara for the last 2 weeks.
Jangan tergopoh gapah nak register PhD sebelum ada idea untuk PhD. Boleh kalau nak redah, tapi bersedia sahajalah ye untuk berenang dengan cabaran yang lebih besar. Kenelah jadi POWER PUFF GIRLS heheheh. Juga tidak bermakna kalau bermula PhD dengan zero tidak boleh tamat on time, tapi kenelah bekerja keras siang malam especially dalam tahun pertama.
Sekadar di sini sahaja dahulu perkongsianku. PhD ku...cabaran sangat DALAM tapi Alhamdulillah dengan IzinNYA dapat berjuang hingga ke garisan penamat. Tiada penyesalan, perjalananku telah tertulis, perjalanan PhD ku penuh dengan ranjau dan duri (heheheh), nanti sambung cerita PhD ku pula ...
1 comment:
Sungguh benar ungkapan mu ni Min. Yang melalui akan merasa pahit dah manisnya. Satu tip mungkin, carilah kawan2 yang sehati sejiwa yang mampu membantu walau dengan mendengar sahaja dan memberi nasihat yang membangunkan motivasi.
Post a Comment