Tuesday, October 28

No No No...

Minggu lepas 20 - 21 Oktober saya menghadiri persidangan International Conference on University Teaching & Learning 2008. Alhamdulillah, syukur dapat bertemu para ilmuwan, khususnya para pensyarah yang minat menjalankan penyelidikan khusus dalam bidang pendidikan peringkat universiti.
Pelbagai kaedah pengajaran diketengahkan. Antaranya Problem-Based Learning, Collaborative Learning Using Wikis, Language Learning dan bermacam-macam lagi. Yang paling memnyentuh dan menyentap hati dan perasaan ialah apabila mendengar ucapan Datuk Ibrahim yang telah menyampaikan pelbagai amanat penting. Daripada ucapannya, boleh dibuat kesimpulan bahawa beliau merupakan seorang pendidik yang sejati. Sukar dijelaskan apa yang saya maksudkan di sini.
Pada akahir-akhir waktu persidangan, sempat juga lah saya berbual dengan beliau meminta pendapat. Adakah perlu saya mengajar sahaja dan menolak semua kerja-kerja lain? Nasihat beliau, bukan begitu caranya. Teruskan semua tanggungjawab yang diberikan. Namun PRIORITINYA adalah mengajar. Saya hanya mengiyakan dan mengangguk sahaja. Namun saya sedar, berat sungguh memikul kesemua tanggungjawab teresebut....
Apa pun, alhamdulillah 2 hari tersebut sunggu bermakna dalam hidup saya pada tahun ini. Amat amat bermakna. Pada minggu ini juga lah saya sempat bertemu semula dengan dua orang sahabat lama saya. Kami sama-sama belakar di Universiti Malaya. Kali terkahir kami bertemu adalah pada tahun 2000 ketika kami menghadiri konvokesyen di Dwan Tunku Canselor, UM.
Alhamdulillah, masing-masing sahabat saya sudah berjaya. Salah seorang memilih jalan kerja kebajikan berbayar :). Dia pernah bekerja dengan UN, MERCY dan yang terkini dengan pertubuhan Red Cross. Seorang lagi pula, 'on demand'. Punyai kemahiran dalam SAP. Masing-masing telah membeli rumah. Salah seorang insya ALLAH akan medirikan rumah tangga pada Mac hadapan. Seorang lagi, masih menunggu status 'jadi'. Saya rasa kagum dengan kedua-dua orang sahabat saya ini. Mereka sebenarnya lebih muda dariapada saya.
Haaaaa, minggu ini juga penuh bermakna. Saya mengmabil keputusan untuk tidak menghubungi seseorang yang saya minati. Cukuplah sampai di sini. Bagi saya, dia tidak serius. Walau pun saya di Shah Alamdi tempat dia tinggal, langsung tidak ada initiaif untuk berjumpa saya. Biarkanlah....Mungkin itulah harga cintanya...Cinta....???? Huhhhh.
Hari ini, saya mengambil keputusan untuk tidak menoleh ke belakang lagi. Masih banyak yang perlu saya lakukan. Banyak perkara perlu dicapai!

No comments: