Friday, October 18

Oh Literature Review! First Episod

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh

Petang tadi saya ada poskan di wall FB saya ttg kisah saya ter'miss' untuk dapatkan Masters Dissertation with Distinction disebabkan Penilai tidak cukup puas hati dengan Bab Literature Review saya. Untuk dapatkan Masters degree with Distinction perlu Distinction  utk 2 komponen: i) all taught courses (Alhamdulillah, yang ni dapat distinction), ii) Dissertation. Disebabkan tak dapat utk Dissertation, maka tak dapatlaaaa. It is a learning process. Alhamdulillah saya bersyukur kerana menjadi anatar top students dari segi taught course pada masa itu.

Sebelum pergi lebih lanjut, saya rasa kisah Literature Review ni akan dikongsi dalam 3 bahagian. Hari ni First Episod ye :)

Ada seorang pelajar komen di FB wall saya, katanya bermasalah dari segi Metodologi hingga membuatkan dia menangis. Menangis lah sayang...that is parts and parcel of doing research. Dr Min pernah nangis tak? Merenung kembali pengalaman saya dalam penyelidikan, kali pertama saya menyiapkan proposal research adalah ketika menjalani kursus Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB). Pada hujung latihan, setiap orang perlu menyiapkan proposal dan membentang.

Nak tahu apa komen penilai masa tu ttg proposal saya? Hahahahah..."Saya baca tak macam proposal, macam buku teks je!". Haish si Blossom Power Puff Girl ni  punyalah terkejut dengan komen tu! Lepas keluar je dari bilik pembentangan, terus lari keluar bangunan D07 CICT menangis sorang2 heheheh. Tersenyum pulak sorang2 sambil menaip. Itulah pengalaman pertama hasilkan proposal. Guess what, sekarang saya pulak guna dialog tu pada pelajar saya ...oooopppps.

LESSON 1: Make sure your Literature Review chapter does not 'sound' like a book chapter. I mean here a book OK, not a research book.

Apakah yang biasanya ada dalam sebuah buku ilmiah? Contohnya buku teks. Mostly concepts and facts kan? Cuba fikir sekejap. Dah penat2 tulis thesis berhempas pulas, finally akan dibaca 2-3 orang panel yang lazimnya PAKAR dalam bidang yang diselidiki. PAKAR ni dah tahu dah facts and concepts. Maka mereka tak nak lihat too much ulang tayang of the facts and concepts dalam LR. They want to see what you have RE-viewed and what is your point of view :YOUR SAY, YOUR THOUGHTS.

Antara komen penilai semasa viva-voce (melalui pengalaman saya sebagai Pembantu Pengerus viva) ialah "where is THE VOICE of the author?"

LESSON 2: Baca semula LR yang dah ditulis. Ada tak yang ditulis tu suara hati saya? Pendapat saya? Kritikan saya? Kalau takde, harap maaf ni buku teks kot :D

Let us look at an example. Katakanlah contoh tajuk tesis ialah "Adoption of Cloud Computing among SMEs in Malaysia". Daripada tajuk ini 3 main topics mesti ada dalam LR: i) Adoption of Technology, ii) Cloud Computing, iii) SMEs.

Contoh bab LR yang berbentuk buku teks adalah mcm ni (saya tunjukkan strukturnya sahaja):

2.1 Introduction
2.2 Adoption of Technology
  2.2.1 Theories related to Adoption of Technology
            Technology Acceptance Model
             Diffusion of Innovation
             Theory of Planned Behavior
2.3 C loud Computing
  2.3.1 Advantages of Cloud Computing
  2.3.2 Disadvantages of Cloud Computing
  2.3.3 Types of Cloud Computing
2.4 SMEs
  2.4.1 Different Sectors in SMEs


OK now, cuba fikirkan kenapa saya katakan LR ni gayanya gaya Buku Teks? Cer teka cer teka :)

Cukup sampai sini dulu anak2..inshaa ALLAH esok sambung lagi ye. TUNGGUUUUU.

Note: Adalah lebih baik sekiranya saya menulis menggunakan Bahasa Melayu baku, namun untuk memastikan saya terus menulis dan tidak tertangguh, saya menggunakan bahasa yang bercampur. Akan cuba diperbaiki dari masa ke semasa.


No comments: