Tuesday, October 28

No No No...

Minggu lepas 20 - 21 Oktober saya menghadiri persidangan International Conference on University Teaching & Learning 2008. Alhamdulillah, syukur dapat bertemu para ilmuwan, khususnya para pensyarah yang minat menjalankan penyelidikan khusus dalam bidang pendidikan peringkat universiti.
Pelbagai kaedah pengajaran diketengahkan. Antaranya Problem-Based Learning, Collaborative Learning Using Wikis, Language Learning dan bermacam-macam lagi. Yang paling memnyentuh dan menyentap hati dan perasaan ialah apabila mendengar ucapan Datuk Ibrahim yang telah menyampaikan pelbagai amanat penting. Daripada ucapannya, boleh dibuat kesimpulan bahawa beliau merupakan seorang pendidik yang sejati. Sukar dijelaskan apa yang saya maksudkan di sini.
Pada akahir-akhir waktu persidangan, sempat juga lah saya berbual dengan beliau meminta pendapat. Adakah perlu saya mengajar sahaja dan menolak semua kerja-kerja lain? Nasihat beliau, bukan begitu caranya. Teruskan semua tanggungjawab yang diberikan. Namun PRIORITINYA adalah mengajar. Saya hanya mengiyakan dan mengangguk sahaja. Namun saya sedar, berat sungguh memikul kesemua tanggungjawab teresebut....
Apa pun, alhamdulillah 2 hari tersebut sunggu bermakna dalam hidup saya pada tahun ini. Amat amat bermakna. Pada minggu ini juga lah saya sempat bertemu semula dengan dua orang sahabat lama saya. Kami sama-sama belakar di Universiti Malaya. Kali terkahir kami bertemu adalah pada tahun 2000 ketika kami menghadiri konvokesyen di Dwan Tunku Canselor, UM.
Alhamdulillah, masing-masing sahabat saya sudah berjaya. Salah seorang memilih jalan kerja kebajikan berbayar :). Dia pernah bekerja dengan UN, MERCY dan yang terkini dengan pertubuhan Red Cross. Seorang lagi pula, 'on demand'. Punyai kemahiran dalam SAP. Masing-masing telah membeli rumah. Salah seorang insya ALLAH akan medirikan rumah tangga pada Mac hadapan. Seorang lagi, masih menunggu status 'jadi'. Saya rasa kagum dengan kedua-dua orang sahabat saya ini. Mereka sebenarnya lebih muda dariapada saya.
Haaaaa, minggu ini juga penuh bermakna. Saya mengmabil keputusan untuk tidak menghubungi seseorang yang saya minati. Cukuplah sampai di sini. Bagi saya, dia tidak serius. Walau pun saya di Shah Alamdi tempat dia tinggal, langsung tidak ada initiaif untuk berjumpa saya. Biarkanlah....Mungkin itulah harga cintanya...Cinta....???? Huhhhh.
Hari ini, saya mengambil keputusan untuk tidak menoleh ke belakang lagi. Masih banyak yang perlu saya lakukan. Banyak perkara perlu dicapai!

Sunday, October 19

Yang paling utama

Apa sahaja yang saya curahkan dalam 2 post sebelum ini sebenarnya membuat saya berfikir semula, ke manakah arah tujuan saya? Apakah prioriti dalam hidup saya? Saya masih bingung. Selepas membaca email yang dihantar dan dibalas oleh pensyarah-pensyarah jabatan saya komen mereka tentang pembentangan dan laporan Projek Sarjana Muda, terfikir pula. 'But i like doing research too?' So what should i do now?'

Baru sahaja tadi saya kata saya akan menumpukan perhatian saya kepada 3P dan menulis 2 perkara - untuk pengajaran dan untuk bacaan umum, sekarang saya dah bingung semula.

Namun begitu, alhamdulillah syukurlah. Saya dinasihatkan oleh seorang sahabat.

Katanya: Hakikatnya, peganglah pada tali ALLAH. yg problem ialah hati kita. Ingatlah pesanan org alim macam dlm nasyid tu:

Ubat hati ada lima perkara:
  1. baca quran adan faham maknanya
  2. dirikanalah solat malam
  3. bersamalah dgn orang soleh
  4. banyakkanlah berpuasa
  5. zikir berpanjangan

Saya tidak akan mampu membuat kelima-lima perkara tersebut sekiranya saya tidak ada fokus dan sibuk memikirkan semua hal dunia. - 7P. Saya MESTI bulatkan tekad. Buat apa yang saya suka (my passion) dengan cara yang terbaik (all out) tanpa mengabaikan akhirat saya!

Semoga ALLAH tetapkan hati saya dan tunjukkan saya ke jalan yang diredhainya. Ameen Ya ALLAH.

Berfikir lagi

Bismillahirrahmaanirraheem... (saya perlu cari versi bahasa Arab nya)
Setelah menulis semalam, saya terfikir lagi. Sekiranya saya ingin fokuskan seluruh tenaga dan usaha saya kepada 3 P yang saya nyatakan tersebut, seolah-olah saya langsung tidak mahu fikirkan soal menjalankan penyelidikan. Juga yang berkait rapat dengan penyelidikan adalah penulisan. Benarkah begitu?
Tidak juga. Saya amat suka menulis. Untuk menegaskan lagi minat saya menulis, "That's my passion!". Sejak saya melangkahkan kaki di IPT, itulah cara saya meluahkan perasaan dan stres saya, cumanya semua yang ditulis menggunakan pen dan kertas. Ya, betul, cuma penulisan tersebut bukanlah yang boleh dikategorikan sebagai penulisan ilmiah/akademik.
Walau bagaimanapun, pada pendapat saya adalah lebih berfaedah sekiranya perkara yang ditulis itu membawa manfaat kepada orang ramai (masyarakat) berbanding menulis di makalah-makalah. Mungkin profesor-profesor di IPT akan menggelengkan kepala sekiranya membaca penyataan saya ini.
Mungkin juga selaku pensyarah 'muda', saya masih belum jelas arah tujuan. Penulisan ilmiah itu adalah arah tujuan kareer saya, manakala penulisan curahan minda saya boleh memberi manfaat kepada masyarakat (mungkin ya dan mungkin juga tidak). Aduh! Cumanya saya lebih rasa berkobar-kobar dan bersemangat untuk menulis kategori yang kedua.
Saya telah beberapa kali menyertai bengkel penulisan yang dikendalikan oleh Puan Ainon berkisar tentang penulisan fiksyen. Yang ini, saya amat suka. Terbayang-bayang di kepala apa yang ingin saya tulis. Namun apabila pulang sahaja dari bengkel, lenyaplah semua bayangan saya kerana tuntutan masa bekerja yang mencapah ke 7P.
Dengan menulis di sini, saya rasa lebih jelas apa yang saya suka.
Ya, saya suka menulis! Dan saya suka menulis sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai dan bukannya di kalangan sekelompok manusia. Saya suka menulis bahan-bahan fiksyen dan bahan-bahan untuk pengajaran saya. Saya mungkin tidak akan digelar seorang pakar kerana tidak menyumbangkan idea saya kepada sekelompok manusia contohnya dengan menulis di jurnal-jurnal. Namun saya berharap dan berdoa semoga saya boleh menyumbang ke arah pembangunan akhlak manusia. Itu juga 'passion' saya. Sejak dahulu lagi, saya amat minat bidang motivasi.
Legaaa rasanya hati saya. Saya sudah nampak arah tuju saya. Alhamdulillah. Itu semua akan menjadi fokus saya bermula hari ini! Saya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengorak langkah mencapai sesuatu yang amat bermakna dalam hidup saya. InsyaAllah.

Saturday, October 18

Mulakan dengan Bismillah...

Bismillahirrahmaanirraheem...
Hari ini merupakan hari ke 18 bulan Syawal. Pada ketika ini, saya berada di Sri Damansara, rumah abang saya, tempat saya menumpang 2 minggu sekali: setiap kali saya ke Kuala Lumpur untuk mengajar di UTM Jalan Semarak.

Sudah lama rasanya tidak mempunyai masa sebegini, duduk berfikir dan mencurahkan idea. Alhamdulillah, diberi kelapangan hati dan fikiran untuk menulis dan mencurahkan idea. Sebenarnya saya sendiri tidak pasti apa matlamat saya menulis pada hari ini dan apa yang ingin dikongsi. Sekadar hanya ingin menulis apa sahaja yang terbuku di benak. Sudah sekian lama 'membayangkan' ingin menulis, namun belum tercapai, hingga lah hari ini, diberi kesempatan. Alhamdulillah, syukur...

Seperkara yang saya sering kali terfikir dan terfikir. Kadang-kala saya abaikan sahaja apa yang difikirkan itu. Kerja oh kerja..Tuntutan menjadi pendidik sememangnya amat berat. Diharapkan pendidik ini mengajar, mengurus, membuat penyelidikan, menulis, menyumbang bakti kepada masyarakat, membangunkan pelajar dan ada seperkara lagi ..yang melengkapkan 7P. Bukannya mempertikaikan kerana tidak suka menjadi pendidik. Itulah cita-cita saya sejak di institusi pengajian tinggi. Niat saya, ingin menjadi pendidik bangsa.

Perkara yang seringkali menjadi persoalan ialah 'Yang mana satukah antara 7P menjadi prioriti?'. Tidak bolehkah sekiranya saya memilih beberapa P daripada kesemua P? Tidak hebatkah saya kalau saya pilih beberapa P sahaja?
Bukankah lebih baik tumpukan perhatian kepada perkara yang sedikit tetapi dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh, berbanding mengejarkan kesemua P, namun usahanya hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Itulah konflik dalam diri saya selaku seorang pensyarah 'muda'. Hujung minggu hadapan, genaplah 3 semester saya mengajar setelah tamat pengajian peringkat sarjana. Saya berfikir lagi. Apakah sebenarnya dikejar dalam dunia ini? Bukankah banyak ayat-ayat dalam Al-Quran, manusia diingatkan 'Akhirat itu lebih baik daripada dunia!'. Juga banyak dalam hadith-hadith, Rasulullah menegaskan tentang keburukan dunia.
Salahkah sikap saya sekiranya pada fikiran saya, saya lebih seronok mengajar dan pada masa yang sama menimba ilmu akhirat pula. Ya, mungkin sekiranya saya berbuat demikian kuranglah atau tertutuplah peluang saya untuk naik pangkat, namun saya rasa hati saya lebih tenang. Hidup lebih teratur dan kurang stres.
Mungkin ini akan dianggap oleh satu pembaziran oleh sesetengah pihak. Pembaziran yang dimaksudkan di sini ialah, saya selaku pensyarah muda, sepatutnya menggembleng tenaga untuk mencurahkan bakti dan memajukan universiti. Begitu kah seharusnya?
Bagaimana pula sekiranya saya memilih:
1) Mengajar
2) Membangunkan pelajar
3) Memberi khidmat kepada masyarakat
3 P sahaja?
Mungkin inilah jalan bahagia untuk saya?
Moga ALLAH tunjukkan jalan terbaik untuk diri saya di dunia dan akhirat. Ameeen.