Monday, June 23

PhD Oh PhD! Kisah Data Collection

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya kini dalam satu lagi episod baru sepanjang carrer saya sebagai seorang ahli akademik di universiti. Saya staf UTM :). Saya kini sedang menjalani Latihan Iktisas/Profesional di Hospital Pakar KPJ Rawang. Oh Jauhnya! Ye, nun jauh di sana. Anyway, ni cerita lain. Inshaa ALLAH nanti saya blog kisah kenapa saya di memilih Rawang. Dalam pos ini saya ingin story kisah mengutip data. 

Note: Saya ingin mencuba menulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Namun sekiranya tiada perkataan yg sesuai untuk saya ekspresikan apa yg ingin saya sampaikan, saya akan gunakan bahasa Inggeris ye :). 

Pada 17 Jun saya berada di UTM Skudai, menghadiri Bengkel Penulisan Arikel Jurnal berindeks SCOPUS. Dua orang pensyarah yang berpengalaman dalam bidang penulisan telah dijemput oleh kumpulan penyelidikan Information & Service Systems Innovation (ISSI). Mereka adalah Prof Dr Naomie Salim (UTM, Skudai) & Prof Madya Dr Maslin Masrom (UTM, KL).

Kebiasaannya semasa mendengar ceramah-ceramah lah akan timbul awan-awan idea daripada benak saya ini. Terfikir untuk saya blog berkongsi pengalaman saya bersama pelajar-pelajar PhD saya mengutip data. Ho ho ho..SANGAT MENCABAR, tetapi kita perlu sentiasa bersikap & berfikiran OPTIMISTIK. Ingat ALLAH, yakin yang ALLAH akan bantu. Itu BEKALAN UTAMA, selebihnya usaha demi usaha. Harapan saya, kisah-kisah yang saya kongsi serba sedikit memberi gambaran susah senang mengutip data. It is something normal, faced by almost maybe not all PhD researchers. Just hang on there.

Kisah kutipan data PhD saya? Sila jangan jeles. Ketika saya menjalankan pengajian PhD saya, datanya sudah ada sejak hari pertama saya daftar PhD! Oh! Jadi Dr Min habis on time ke PhD? Tidak jugak! Kenapa? Kan senang dah ada data? Panjaaaaang ceritanya. Kisah yang ini boleh buat posting lain pulak...Tajuknya nanti KENAPA SAYA BUAT PhD? 

Ok, let's get back to the topic...Kutipan Data @ Data Collection.

Saya akan kongsikan kisah-kisah kutipan data beberapa orang pelajar PhD saya. Sebelum itu, mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelajar-pelajar saya ;) melalui Nama & Tajuk thesis, kerana seterusnya saya akan bincangkan kes kutipan data seorang demi seorang. Perlu diingatkan bahawa tajuk tersebut bukanlah tajuk terakhir dan mereka kesemuanya menjalani PhD in Information Systems yang ditawarkan oleh Jabatan Sistem Maklumat, Fakukti Komputeran, UTM. Maksud 'bukan tajuk terakhir' bermakna, ada kemungkinan apabila tesis PhD hendak dihantar, lain pula bunyi tajuknya. 

1. Oye Nathaniel David- Acceptance of E-Learning Among Higher Education Academicians in Nigeria (Graduated)
2. Amin Babazadeh - Metrics for Business Intelligence Systems Success (Waiting for Letter from Senate)
3. Amin Saedi - Model for the Adoption of Cloud Computing by SMEs in Malaysia (Akan Viva 24 Jun)
4. Ahmad Fadhil Yusof - Continuance Use of Mobile Wellness Application (Draf pertama tesis telah tersedia untuk saya baca dan semak)
5. Doaa Bamasoud - Model for the Adoption of Collaborative Tools by Researchers (Draf pertama tesis telah tersedia untuk saya baca dan semak)
6. Elaheh Yadegerikordhi - Model for Adoption of Cloud Computing for Collaborative Learning(Sedang menyediakan draf pertama tesis)
7. Marva Mirabolghasemi - Model for Adoption of Social Network Sites by Cencer Patients for Effective Information Support (Sedang dalam proses akhir mengutip data)
8. Saman Faroutani - An E-Service Quality Transactional Model for Interactive Healthcare Portals for Private Hospitals (Sedang dalam peringkat awal proses mengutip data)

Pelajar-pelajar tersebut adalah mereka yang telah melalui dan merasai susah senang mengutip data untuk PhD masing-masing. Juga saya merupakan Penyelia Utama mereka. Maaf ye, saya tidak masukkan pula nama pelajar-pelajar yang saya Menyelia Bersama. Jangan kecik hati ye Qomaruddin, Kouros & Syufiza. 

Dr Oye pelajar PhD saya yang agak senior tetapi ENERGETIC.

Dr Oye merupakan seorang matured student. Setelah satu semester menyelia beliau, baru saya sedar yang dia 22 tahun lebih tua daripada saya! Untuk Dr Oye perjalanan mengutip datanya agak mudah memandangkan dia merupakan salah seorang ahli akademik di salah sebuah Universiti di Nigeria. Menggunakan network yang telah ada, maka tidak banyak masalah yang timbul kerana responden 'telah tersedia'. Namun begitu, kerana Dr Oye menggunakan kaedah Kualitatif & Kuantitatif maka perlu lebih masa untuk kendalikan temu bual dan mengedarkan borang soal selidik. Juga, menggunakan kaedah persampelan yang dipilih sesuai dengan permasalahan yang diutarakan dalam tesis beliau, beliau perlu mendapatkan data daripada beberapa Universiti di bahagian Utara dan Selatan Nigeria. Melihat kembali emel-emel beliau semasa pulang ke Nigeria untuk mengutip data, keseluruhan masa yang diambil termasuk perjalanan pergi dan balik Nigeria (termasuklah agenda berjumpa keluarga ) adalah selama 4 bulan

Gambar selepas Viva

Amin Babazadeh pelajar yang sangat kelakar & sangat hormati Guru.


Sebenar-benarnya Amin merupakan pelajar pertama PhD saya. Oye merupakan seorang pelahjar PhD yang 'dihadiahkan' kepada saya oleh Prof Madya Dr Mazlena Saleh dari Jabatan Sains Komputer. Dia dihadiahkan kepada saya memandangkan setelah satu semester, didapati tajuk Oye lebih menjurus ke bidang Sistem Maklumat instead of Sains Komputer.

Amin mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi. Cakap sahajalah tentang Server,  Programming...pantas sahaja kepalanya berfikir. Ok, get back to kutipan data. Tajuk tesis Amin adalah berkaitan Business Intelligent Systems (BIS). Melalui pengalaman dan minat beliau terhadap BIS, beliau mengutarakan idea perlunya satu Matriks untuk mengukur kejayaan BIS berdasarkan permasalahan yang diutarakan olehnya yang disokong oleh kajian literatur. Skop kajiannya adalah syarikat pengeluar kenderaan (car manufacturing companies). Pada asalnya beliau memang berhasrat ingin mengutip data di sebuah orgaisasi di Iran. Namun disebabkan polisi/syarat yang dikeluarkan oleh Kedutaan Iran yang pelajar TIDAK DIBENARKAN mengutip data di sana (pada ketika itu). Maka perlulah dibuat perubahan kepada kajian tersebut. 


Amin bersama 'his Malaysian Uncle' (suami saya heheheh)

Seperti biasa, pelajar PhD akan rasa seolah-olah mudah untuk mengutip data di Universiti. Maka Amin cubalah alignkan kajiannya untuk skop Universiti pula. Cuba punya cuba, setelah Amin jalankan beberapa temubual, akhirnya tak sesuwai lah. Tunggu punya tunggu, fikir punya fikir...OK, cuba balik semula ke Car Manufacturing Company. Setelah kami berbincang, kami membuat keputusan untuk cuba menghubungi sebuah syarikat pengeluar kereta di Malaysia (tak perlulah saya nyatakan namanya ye). Seperti yang disangkakan, kerana tiada network yang bagus, tidaklah dapat kami mengutip data di orgainisasi tersebut. Aduhai..macam mana pulak lah ni? 

Tibalah masa dan ketikanya...eh? Dah boleh pulak kutip data di Iran dengan syarat bukan agensi kerajaan mereka. Perghhhhh SELAMAT! Maka baliklah Amin ke Iran untuk mengutip data di salah sebuah organisasi pengeluar kereta terbesar di Iran. Amin mudah untuk mengutip data kerana ada kenalan di sana. Cabaran untuk Amin adalah untuk memilih subjek yang sesuai memandangkan beliau menggunakan kaedah kualitatif melalui focus groups. Seingat saya masa keseluruhan yang diambil oleh Amin untuk menyelesaikan kutipan data juga sekitar 3-4 bulan. Alhamdulillah. Cabaran Amin seterusnya adalah menganalisa data kualitatif yang BANYAK! Alhamdulillah...Amin sudah pun Viva pada bulan Januari & telah pun menghantar corrections. Beliau kini menunggu surat pengesahan daripada Senat.

OK, selesai 2 kisah pelajar yang telah selesai PhD mereka. Mereka merupakan my first 2 PhD 'babies'. Sebagai Penyelia, ha! Amik Kau! Baru tahu bukannya senang nak menyelia. They were in-charge of their data collection. Saya hanya berikan panduan dan nasihat. Lain pelajar, lain kisahnya. Inshaa ALLAH ikuti sambungan kisah kutipan data pelajar-pelajar lain pula nanti ye.


4 comments:

Unknown said...

good sharing Dr.

Sharan Dhillon said...

for those in PHD journey, reading this can at least lower your stress level. Thanks for sharing Dr. Min :-)

M. A Mahdi said...

Well articulated story about data collection, really enjoy it!

Noorminshah A.Ahad said...

Thanks for reading Mahdi :). Did you use Google Translate? ;)