Hari ini baru ada kesempatan dan kekuatan untuk menulis lagi. Belum sempat menyambung dan berkongsi cerita Pengumpulan Data beberapa orang lagi pelajar-pelajar PhD saya yang lain. Beberapa hari selepas saya menulis Siri 1 Pengumpulan Data, salah seorang pelajar harapan saya menjalani viva voce PhDnya. Menurut pengalaman Supervisor yang 'muda remaja' ni (konon), adalah harapan pelajar ini mendapat gred yang cemerlang. Namun, amat tidak seperti yang disangkakan! Mashaa ALLAH. Lain manusia, lain cara berfikir, lain 'style'nya. Apa pun, alhamdulillah, pelajar tersebut telah LULUS viva PhD dan telah pun menghantar pembetulan-pembetulan yang dikehendaki oleh Pemeriksa Dalam & Luar untuk disemak.
Pesan saya kepada pelajar tersebut, "I can't say anything. I can't assure that you will get A, B1 or B2 or ??. Anything can happen during the viva". Sebab itu, banyakkanlah berdoa. Mintalah daripada ALLAH semoga dikurniakan Pemeriksa yang SUPERB untuk kita sesuai dengan tahap tesis yang pita hantar. Sudah semestinya Pemeriksa ini dipilih oleh Penyelia. Maka doalah juga supaya Penyelia akan membuat pilihan yang tepat dengan izin ALLAH.
Pos blog ini sebenarnya ingin menyentuh isu SAYA BARU MULA MENJERUMUSKAN DIRI SAYA BUAT PhD & SAYA BLUR!
Teringat satu masa dulu, pada pagi yang dingin di sebuah perhentian bas di Cheetham Hill Road, Manchester, seorang pelajar PhD sedang menunggu bas untuk ke universiti. Jauh betul perjalanannya dari Smedley Road untuk ke Cheetham Hill Road. Itu adalah salah satu kenangan terindah. jauhnya berjalan sehinggakan dalam satu tahun dia boleh kehilangan 10kg tanpa disedari heheheh. Ada kalanya dia berlari laju selepas mendaki bukit dari Smedley Road tersebut untuk mengejar bas bagi memastikan dia tidak perlu tunggu bas seterusnya. JAGA MASA! Jam sentiasa dipakai, hatta hingga ke bilik air ketika mandi! (Itu dulu tahun 2001, sekarang tidak lagi).
Sambil menunggu bas, adalah seorang Brother ni juga pelajar Malaysia muka baru pelajar PhD di bandar Cheetham Hill. Pelajar perempuan itu pada masa itu telah pun berada dalam semester 2. Brother tu tanya :"Saya ni dah nak habis satu semester, tak tahu apa yang saya buat. Macam blur je, macam lost je".
Budak perempuan itu jawab: "Jangan risau. Baisalah tu. Mula-mula memang macam tu". "Oh ye ke? Abang ingat abang sorang je rasa macam tu. Kalau gitu legalah sikit".
Hari ini ketika saya browse through Wall Facebook Doctorate Support Group, ternampak satu post di wall bunyinya begini:
I'm in my boat of my phD journey, but I am confused, i cant read the map to success too well, feels like I'm alone in the middle of nowhere, and I feel like suffocatting, and drowning in the ocean of knowledge..... zzzzz....
Ini Komen saya:
STOP WORRYING, START WRITING. Just write. Gather all that you have. You will find that you already have a lot of things. Just a matter of ORGANIZING them, then WRITE WRITE WRITE . All the very best!
You are not alone dear Nur Syazwani Ghazali (I hope you are proud that your name is mentioned here. Dijadikan contoh supaya orang lain bole belabor & feel good that they are not alone).
Dear Syazwani, First of all Congratulations!!! kerana telah MEMBERANIKAN DIRI untuk mendaftar sebagai salah seorang pelajar PhD. Bukan semua orang diberikan keberanian oleh ALLAH untuk bust PhD tau. Saya pasti sepanjang perjalanan PhD tu mesti dah buat sesuatu kalau pun dirasakan 'macam tak buat apa-apa'.
- Mesti dah download arikel jurnal berlambak-lambak simpan dalam folder heheheh.
- Dah siap masukkan dalam EndNote or Mendeley.
- Mesti dah ada tulis nota kat mana-mana apa yang dah dibaca. Or instead of tulis, mungkin dah ditaip dalam fail MS Word.
- Mesti dah jumpa Penyelia banyak kali
- Mesti dah attend kelas-kelas/kursus-kursus
LET US FEEL GOOD :)
Dulu saya pun rasa begitu. "Apalah yang aku dah buat ni? Bilalah nak siap ni? Tak nampak bayang lagi apa-apa ni..."
TIPS 1
Towards the end of my PhD journey, Supervisor saya yang SUPERbaik tu, ajar saya. Beli satu fail kulit keras. Apa-apa yang dah ditulis, print, masukkan ikut Chapter. From time to time, the thickness of the fail sepatutnya bertambah. Mesti lega bila tengok: "Oh, rupanya aku dah buat madam-macam".
TIPS 2
Buat Table of Content untuk setiap Bab. Kemudian bila kita baca artikel, apabila kita terjumpa idea-idea yang kita rasa nak gunakan, copy dan paste ke dalam seksyen yang kita dah buat tadi. Lama-lama daripada takde apa-apa, akan adalah macam-macam. Cabaran berikutnya ialah supaya kita baca semula apa yang kita dah copy tu. Fikir, olah semula keseluruhan idea CARA KITA, sebab tesis tu TESIS KITA.
TIPS 3
Alaaaa Dr sekarang kita tak print. Semua soft copy. Ye betul, saya setuju. Tapi kalau dicetak, kan boleh share dengan kawan-kawan. Minta kawan komen sikit. Faham tak apa yang dibaca. Kalau bagi soft copy for sure mesti risau orang copy laa, amik idea kita laa dan macam-macam risau. Apa pun BE POSITIVE. Kita tolong baca tesis kawan kita, dia pulak tolong baca tesis kita. Kalau nak cepat sikit dapat feedback dari Penyelia, maka buatlah langkah ini sebelum hantar kepada Penyelia. Kalau tak, kalau susah nak baca, susah nak faham apa yang nak disampaikan melalui penulisan kita, maka lambatlah dapat feedback Penyelia. Juga kalau jumpa Penyelia, bawalah fail tu. Bolehlah tunjuk perkembangan penulisan from minggu-minggu lepas (of course yang dah ditulis CARA KITA ye, bukan yang copy & paste bulat-bulat tu.
Perlulah diingatkan WRITING IS AN ITERATIVE PROCESS. Kita tak bolehlah expect apa yang kita tulis kalau macam tu, macam tu jelah. Kita kene revisit. After all, the PhD is all about the THESIS! Kalau cakap aje, tak tulis sampai bila pun lah tak siap tesis tu. Sampai bila-bila pun lah kita rasa blur.
Kalau dah tulis banyak-banyak, jangan kecewa kalau nanti bila hantar draf tesis, Penyelia kata, delete seksyen ni, delete seksyen tu..Erkkk memang pedih, tetapi menulis tesis itu salah satu langkah kita belajar menulis. Apabila menjadi ahli akademik, kita perlu menulis iaitu penulisan ILMIAH. Cuba bayangkan ilmuwan Islam dulu-dulu, dasyat kan. Tulis macam-macam buku. Padahal masa tu Laptop takde, elektrik pun takde, database jurnal pun takde, pakcik GOOGLE lagi lah takde...macam-macamlah takde, tapi mereka hebat. Kalau mereka yang serba kekurangan resources tu hebat, kita patu banyak2 bersyukur dan lebih hebat. Inshaa ALLAH. Mari kita tanam azam ni dalam hati kita.
OK, sampai sini sahaja dahulu. Inshaa ALLAH sambung lagi nanti ye.
Selamat Berbuka Puasa.
5.45ptg 6 Ramadhan.
No comments:
Post a Comment